Tuesday, November 10, 2009

Geng Retweet, berminat?

Dalam satu entry lepas saya ada bercerita pasal 7 cara integrasi blog dan twitter. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan retweet button. Jadi kali ni saya nak ngajak korang semua yang berminat untuk kita buat geng retweet. Mengikut satu kajian, link yang di retweet lebih cenderung diklik oleh pengguna twitter. (Sorry lupa lak kat mana terbaca pasal ni)


Objektif
Tujuan utama adalah untuk kita dapat kongsi blog post terbaru geng retweet kepada kawan-kawan twitter masing-masing secara tak langsung jadilah twitter alat untuk naikkan trafik ke blog.

Cara-cara
Mudah jer


1. Ada akaun twitter dan juga blog
2. Mesti pasang retweet button kat blog
3. Buat satu blog roll khas untuk geng retweet
4. Retweet post-post terbaru geng retweet

Jangan lupa sama-sama kita follow-memfollow antara satu sama lain.
Follow twitter saya @zulseffort , dan jangan lupa follow twitter list @zulseffort/gengrt

Teringin gak nak tau pandangan korang pasal idea geng retweet ni. Minat nak join?

Update: Kalau nak join sila tinggalkan  url  blog di bahagian komen :)

Senarai Blog dan Twitter Geng Retweet

1. Zul's Blog  @zulseffort
2.  .................................
3. .................................

"sharing is caring"

Monday, November 9, 2009

Twitter Advertising Untuk Kempen Politik !?

Twitter dan Kempen Politik ?


Okey.. malas nak cerita lanjut pasal bola. Kita masuk yang seterusnya..  politik! Hehe bukan politik sangat pun sebenarnya. Tapi lebih kepada twitter kurang politiknya.


Ya ya semua orang dah tau pasal obama guna twitter, PM kita pun guna twitter, pemimpim-pemimpin pakatan rakyat pun guna twitter,  khairi jamaludin pun aktif di twitter. Tapi bukan ini yang saya maksudkan.

Apa yang saya maksudkan disini ialah Twitter Advertising. Yer.. gunakan twitter advertising untuk kempen politik.

Memang mat saleh pakai kaedah ini tak percaya? saya sendiri pernah dipilih untuk 2 3 iklan  daripada sponsored tweets berkaitan dengan kempen seorang pemimpin di Amerika di NYC. Saya tengok landing page terus saya tertarik untuk approve ads tersebut. ( p.s Saya tidak approve iklan ke twitter kalau iklannya saya memang tak setuju)





Cara yang digunakan mudah sekali iaitu...

1. Buat satu website yang ada portfolio tentang calon pilihan.

2. Iklankan website tersebut melalui twitter advertising


Takde ke calon-calon rakyat di Malaysia nak guna twitter untuk pilihanraya kecil. jangan lupa iklankan melalui twitter. Kalau saya, saya caj murah-murah jer  pakatan rakyat pun saya terima, dari pihak Barisan nasional pun saya terima janji landing page tu cantik.

Alah.. daripada habis ribuan dan jutaan untuk  banner bagilah duit kat kitorang sikit untuk buat advertising guna twitter.

Bukannya Kecewa sebab Kelantan Kalah 1-3

Malam final Piala Malaysia yang lepas, ada menonton bola kat tv jer. Ye lah, Kelantan masuk final mestilah nak tengok. Hrm.. memang sebenarnya agak tidak best dengan permainan pemain kelantan, nampak macam tak melawan dan dari awal permainan di kawal oleh Negeri Sembilan.

Sebenarnya bukanlah kecewa sangat kelantan kalah, tapi kecewa dengan segelintir penyokong fanatik kelantan. Pemain Negeri Sembilan nak ambik tendangan sudut pun dibaling botol. Jurukamera RTM pun turut cedera dilempar batu. Kesian kat diorang apalah salah diorang. Dan yang teruknya bila mercun dibaling. Kerusi dibakar. Memang takde adab langsung! Depan Tengku mahkota dan pemimpin-pemimpin lak tu.

Semangat kenegerian? Mana ada kalau macam tu... menyusahkan orang sendiri adalah! Kan ke bahaya utk penyokong-penyokong kat depan tu.

Isk patutlah adik saya ada pesan, jangan pegi stadium waktu final!

p.s xpo ada menulis berkenaan pengalaman beliau di Bukit Jalil

Thursday, November 5, 2009

Dr Asri vs JAIS | Kelantan Masuk Final & Wang Ehsan

Dr Asri ditahan JAIS, Kelantan Masuk Final dan Wang Ehsan.


Tiga isu ini memang menarik perhatian saya. Hrm.. tapi idaklah sampai saya nak debatkan dalam blog ni. Yelah, sekadar ambil tahu apalah salahnya.

Bekas mufti ditahan JAIS

Dalam isu Dr Asri saya lebih suka mengambil pendirian berkecuali. Tidak menyatakan sokongan kepada Dr Asri dan tidak menyatakan sokongan kepada JAIS. Tetapi yang pasti bukan tak ambil peduli! JAIS kata tanpa tauliah, tetapi apa yang menyebabkan tauliah tiada tu macammana maksudnya. Dr Asri ditahan ada yang anggap sebagai ujian pendakwah. Ada yang mengdiskusi dari aspek Golongan Muda vs Golongan Tua, Golongan Takzub Mazhab vs Golongan Tajdid. Ada juga dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Ada yang kata Dr Asri betul sebab tu lah kena tangkap. Ada yang kata Dr Asri salah sebab tu JAIS tangkap. Waktu macam ni biasanya saya ikut jer perkembangan macam biasa. Tidak lah dengan sungguh-sungguh mengorek cerita. Yelah.. taknaklah ikut pening kepala dengan perdebatan yang tak berkesudahan.

Pasukan Bola Kelantan Masuk Final Piala Malaysia! 

Bola! Bola! Bola! Ni memang berita best. Hoho.. adik saya dan kawan-kawan kami ramai gak yang nak gi tengok. Tapi saya tak join sekaki. Malas nak drive jauh-jauh. Diorang tu lainlah memang kaki bola, perlawanan biasa pun diorang pegi tengok.. apa lagilah kalau final. Kat twitter pun dah ada dah twitterer yang bertweet pasal ni. Hehe.. agak-agak Kelantan Menang ke?  Eh MB kelantan Tuan Guru Umumkan cuti ye. bestla diorang yang tinggal kelantan.


Gomo Kelate Gomo!! Go RED Warriors Go!

Wang Ehsan Kelantan

Hrm ini baru tengahari tadi tengok PM kita jawab soalan Salahuddin Ayob kat TV . Wang Ehsan? Tengok jerlah nanti apa jadi. Adakah itu hak atau ehsan?  Sama-sama kita ikuti perkembangannya. Teringat juga kata-kata sorang makcik kat kampung waktu pilihanraya umum yang lepas.

"Buat gapo la baloh pasal politik nih, kita nak pitih kena nogheh getah jugok!"

Kita tunggu dan lihat jerlah, semoga rakyat betul-betul diberi keutamaan.


Wednesday, November 4, 2009

Pemenang Kategori Komen Terbanyak Komen Oktober

Hari ni dah 4 November 2009 dah rupanya. Isk miss dateline untuk umumkan pemenang Komen Oktober! Sepatutnya 1 November dah boleh umumkan.


Okey tanpa berlengah lagi..


Pemenang Kategori Komen terbanyak ialah:


Tempat Pertama  : RM60
 xpo (556 Komen )

Tempat Kedua : RM 40
SnoOP (258 Komen)

Tempat Ketiga: RM 30
Precious -  (117 Komen)

Tempat Keempat : RM10
danzaimar - (107 komen)

Tempat Kelima : RM10 :
denaihati - (36 komen)


Hrm nampak gaya bro xpo jauh meninggalkan peserta-peserta lain. Sebenarnya komen-komen lebih banyak daripada yang tertulis kat atas tetapi tidak dikira kerana tak cukup jumlah perkataan.

Pengomen Bertuah
Manakala untuk kategori komen bertuah peserta-peserta berikut layak untuk cabutan bertuah  iaitu xpo, sno0p, Precious, danzaimar, denaihati, epulmantra, mintang_telip2 dan hazari. Eh ada yang tertinggal tak? Result akan keluar selewat-lewatnya 7 November 2009.

Ohh ada juga hadiah tambahan untuk cabutan bertuah dari saya iaitu:
1 Pakej Pengiklanan melalui magpie bernilai USD3.
1 Pakej Pengiklanan melalui magpie bernilai USD2.


Pemberitahuan

Kepada pemenang-pemenang Komen terbanyak sila hubungi zul di twitter @zulseffort atau YM: zulseffort.


Pengiraan dibuat menggunakan Microsoft Excell

p.s Terima kasih kepada sponsor srisuri.com dan onedropperfumesshop